Resipi Apam Tepung Gandum




Assalamualaikum dan hi semua. ini pertama kali
dari sekalian untuk menulis kembali. kenapa? biarlah rahsia hehe. untuk entri yang pertama ini, ingin saya kongsikan resepi Apam Tepung Gandum. kenapa? Mungkin kebetulan semalam punya malam buat kuih ini tapi tak terfikir nak ambil gambar langkah demi langkah kerana tiada niat untuk menulis didalam blog. ya. selalu post di Instagram sahaja. Ini kerana tetiba rasa nak menulis blog kembali. tapi dengan blog baru la. malas nak fikir pasal blog lama tu.

Apam tepung gandum ini banyak sejarahnya. kegemaran mak dan arwah abah dan mak selalu membuatnya untuk sarapan ataupun minum petang sewaktu kami adik-beradik masih kecil. mak bukanlah surirumah yang moden. dia cuma tahu buat kuih-muih kampung dan itu memang kegemaran kami. cuma bila saya sudah besar, pernah bekerja di kedai bakeri, sudah tentu saya masak dan membuat kuih yang dia tak pernah rasa. bukan memandang rendah pada mak, cuma mahu dia merasai makanan 'luar'. tapi dia tetap suka pada yang tradisional. hehe. kuih tradisional ada yang mudah ada yang sukar. Dan kebanyakkan kuih mempunyai banyak langkah dan saya sendiri rasa malas nak belajar tapi saya suka makan makanan yang sedap dan kalau boleh mestilah buat sendiri kerana lagi tahu tentang pembuatannya, jimat kos dan dapat makan banyak haha.
.
.
Kuih Apam atau dipanggil ‘’apom’’ merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia.

Kuih apam ini biasanya dibuat sebiji-sebiji dan bewarna putih. Kadangkala pewarna dicampur bagi menghasilkan apam yang bewarna-warni. Kuih apam biasanya gebu dan lembut.

Kuih apam ini dihasilkan dengan menggunakan tepung beras dan yis dengan campuran air dan gula. Adunan ini kemudiannya dimasukkan ke dalam mangkuk acuan kuih kecil dan dikukuskan. Kadang-kala, ENO dicampurkan bagi menambah kegebuan kuih atau tapai digunakan bagi tujuan yang sama.

Kuih apam ini boleh dihidangkan dengan pelbagai cara, sama ada dengan parutan kelapa yang agak muda (“nyiur kulit hidup”) iaitu kelapa yang masih belum cukup tua atau dengan kuah berempah (Terengganu).
* sumber wikipedia.
.
.


Apam Tepung Gandum

BAHAN A
1/2 cawan gula melaka yang potong kecil
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
1 helai daun pandan, disimpul

BAHAN B
2 camca teh penuh instant yeast | 11 gram
1/2 cawan air suam
3/4 camca teh gula

BAHAN C
4 cawan rata tepung gandum
1/4 camca teh garam

BAHAN D
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam halus


Satukan semua bahan2 A, masak dengan api sederhana hingga gula larut, sejukkan. keluarkan daun pandan dan tapis, ketepikan (air gula merah). Sementara itu, satukan semua bahan2 B dalam satu bekas, kacau rata dan biarkan 10 minit hingga yeast kelihatan berbuih.Masukkan semua bahan2 C ke dalam bekas besar, gaul rata. Tuang bancuhan yeast, kacau dengan whisk hingga sebati. Kemudian tuang sedikit demi sedikit air gula merah sambil dikacau hingga rata dan air gula merah habis. Kacau hingga adunan tidak berbintil2. Bungkus bekas tadi dengan plastik dan rehatkan selama 1 jam (adunan akan kembang)Panaskan kukus, balut tutup kukus dengan tuala dapur yang bersih. Lenser acuan bulat berukuran 11 inci x 2 inci dengan sedikit minyak. Tuang adunan apam, ratakan dan biarkan 10 minit. Kemudian kukus selama 40 minit dengan api besar. Bila apam masak, keluarkan dari kukus dan biarkan 15 minit. Keluarkan dari acuan dan potong ikut saiz yang anda inginkan. Sementara itu, gaul bahan2 D dan kukus sekejap, anggaran 1 minit. Biarkan sejuk, hidangkan bersama apam....
.
*Bagi yang kurang pasti suhu air suam untuk membancuh yeast, Gunakan cawan penyukat untuk 1/2 cawan (125 ml). Tuang 2 camca besar air panas mendidih, kemudian anda tuang air biasa sehingga mendapat sukatan 1/2 cawan. Untuk menguji samada apam anda cukup masak, gunakan lidi sate bersih atau tooth pick bersih, cucuk bahagian tengah kuih apam, jika keluar bersih, tanda sudah cukup masak.


Vyolet ; 1/1/2018 ; 11:11pm.
Catch My Breath ; Kelly Clarkson.
Instagram : @cxsxcookery




Comments

Popular Posts