Resipi Agar - agar Bunga Telang
Assalamualaikum. Hi, kali ini nak kongsi resipi agar-agar bunga telang. resipi sama seperti membuat agar-agar sirap tapi tukar dengan bunga telang. tengok di pokoknya, banyak pula berbunga di musim hujan ini. Nak biarkan saja sayang pula. kebetulan ada sepeket agar-agar, jadi terus petik bunga dan buat agar-agar ini. Nak yang fancy malas pula nak cari bahan. Jadi buat apa yang ada dan paling mudah. hehe tapi yang dalam gambar ini memang sengaja buat lembut sikit kerana mak sukakan tekstur seperti itu.
.
Benih bunga telang ni diberi oleh kawan kerja bakery dulu. Kalau balik kampung je, bermacam benih dia bawa balik. Sebenarnya dah lama cari benih bunga telang dan teringin nak mencuba pelbagai resipi menggunakkannya.
.
Setelah dapat biji benih nya, pulang saja ke rumah terus tanam biji benih nya. Untuk mendapat bunga yang banyak, buangkan daun2 yang terlalu merimbun.
.
Terdapat kajian tambahan yang menunjukkan keupayaan teh untuk membantu memerangi keradangan dalaman. Secara tradisinya, tumbuhan dan teh bunga telang yang terbuat darinya telah digunakan untuk merawat kesakitan umum, mengurangkan keradangan, membantu masalah mata biasa seperti konjunktivitis, melawan beberapa jenis kanser, mendorong kesihatan otak, dan "meningkatkan daya hidup."
1 paket agar-agar tali (20gm)
2.1 liter air
2 cawan gula
20 pcs bunga telang
2 helai daun pandan
Masak air dalam periuk hingga mendidih.
.
Basuh agar-agar, masukkan ke dalam periuk tadi dan masak hingga agar-agar betul-betul cair..
.
Masukkan gula, bunga telang dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
.
Tapis & tuang dalam loyang atau acuan yang disukai. Biar sejuk diluar seketika sebelum masukkan dalam peti sejuk.
.
kalau ada bunga telang banyak, boleh hiaskan didalam agar-agar agak kelihatan lebih menarik.
Vyolet ; 445pm : 3/1/2018.
III Deny - Juno and Hanna.
Comments
Post a Comment